Latar Belakang

ElewsMart merupakan perniagaan dalam sektor peruncitan milik Ustaz Ebit Lew. Pada Julai 2020, 10 cawangan pertama yang dibuka terletak di Bandar Baru Bangi, Sg. Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Visi dan Misi

Matlamat dan misi kami adalah menjadi syarikat peruncitan utama di Malaysia yang menyediakan keperluan dengan harga yang murah. Kami juga ingin menjadi hub bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dengan menyediakan ‘Food Bank’ di setiap cawangan ElewsMart.

Kami berhasrat untuk melebarkan empayar perniagaan kami ke seluruh Malaysia dan membantu pembangunan ekonomi negara selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Kekuatan

Syarikat peruncitan utama di Malaysia yang menyediakan barang keperluan dengan harga yang murah. Selain itu, Kami juga mempunyai hub bantuan atau ‘Food Bank’ di setiap cawangan ElewsMart bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Lokasi

Terletak di kedudukan strategik supaya ElewsMart dapat diakses hampir di mana saja. Setiap outlet terletak di sebahagian besar kawasan perumahan. Selain itu, ini dapat menjimatkan masa pengguna yang berharga untuk membeli barangan dari ElewsMart terdekat mereka. Kedai-kedai biasanya terletak di pusat komersil dikawasan perumahan dan mudah untuk dibeli.

Warehouse

Lot 8, Jalan P/15,
Kawasan Perindustrian MIEL,
Seksyen 10. 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.